SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YAM TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ IBNI SULTAN IBRAHIM

SELAMAT ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YAM TUNKU ABDUL RAHMAN AL-HAJ IBNI SULTAN IBRAHIM

YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor diputerakan pada 5 Februari 1993 di Johor Bahru, merupakan anakanda kelima KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
YAM Tunku Abdul Rahman dilantik dan dianugerahkan gelaran Tunku Panglima Johor pada 22 November 2012 oleh Sultan Ibrahim.
Tunku Abdul Rahman kini merupakan Kolonel di ATSNJ pernah menjalani latihan di PULADA dan juga menerima latihan Gerup Gerak Khas.
Pada 22 Oktober 2011, Tunku Abdul Rahman dianugerahkan Green Beret selepas berjaya menjalani latihan GGK di kem Iskandar Mersing selama 6 bulan. Dianugerahkan ‘sayap’ setelah membuat tujuh penerjunan payung terjun.
Pada 2019, Tunku Abdul Rahman membuat penampilan pertama sebagai pelumba kereta di Siri Blancpain GT World Challenge Asia 2019 bagi pasukan Johor Motorsport Racing serta mencatatkan pelbagai kejayaan membanggakan dalam sukan berkenaan.
Tunku Panglima Johor mencipta sejarah apabila muncul naib juara keseluruhan bagi kategori Pro-Am dalam perlumbaan GT World Challenge Asia pada 2025.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121