SIMBOL KASIH DAN KENANGAN SEORANG IBU
Bersempena acara pelancaran Pusat Kanser Tunku Laksamana Johor hari ini (5 Disember), KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan mengenakan cincin milik Almarhum Tunku Abdul Jalil.
Seri Paduka Baginda turut berkenan memakai seutas rantai bersama loket yang menyimpan dua keping gambar Baginda bersama Almarhum yang dihadiahkan oleh KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Ia sebagai simbol kasih, kenangan dan ingatan kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil yang mangkat pada 5 Disember 2015 ketika usia 25 tahun.
