SULTAN IBRAHIM BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PERNIKAHAN ANAK PENGERUSI EKSEKUTIF ASTAKA PADU

SULTAN IBRAHIM BERKENAN BERANGKAT KE MAJLIS PERNIKAHAN ANAK PENGERUSI EKSEKUTIF ASTAKA PADU

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis perkahwinan anak perempuan, Dato’ Dr Daing A Malek Daing A Rahaman, Pengerusi Eksekutif Astaka Padu.
Majlis perkahwinan Daing Fatin Nurasyiqin Dato’ Dr Daing A Malek dan Yousef Aba Zia
berlangsung di Forest City Golf Hotel, Gelang Patah pada hari ini (6 Februari).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Dato’ Dr Daing A. Malek serta pengantin lelaki sebelum mengiringi ke dewan utama bagi memulakan acara akad nikah.
Pasangan pengantin dinikahkan oleh Dato’ Yahya Ahmad, Mufti Negeri Johor.
Dato’ Dr Daing A Malek juga merupakan ahli Jumaah Majlis DiRaja Johor.
Seri Paduka Baginda turut menyaksikan acara pembatalan air sembahyang dan menyarung cincin pasangan pengantin sebelum berangkat ke majlis santapan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121