SULTAN IBRAHIM BERKENAN DIPERSEMBAHKAN BUKU TERBITAN BERNAMA
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan buku Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, sebuah buku terbitan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Buku setebal 215 muka surat, dengan memuatkan lebih 300 gambar memaparkan kehidupan awal Seri Paduka Baginda, beserta minat dan penglibatan dalam pelbagai lapangan di tanah air mahupun di persada antarabangsa.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menerima mengadap Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, yang mengetuai delegasi untuk mempersembahkan buku berkenaan.
Hadir sama Pengerusi BERNAMA Datuk Seri Wong Chun Wai, Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA Datin Paduka Nur-ul Kamaludin dan Ketua Pengarang BERNAMA Arul Rajoo Durar Raj.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada hari ini (18 Mei).
