SULTAN IBRAHIM BERKENAN KURNIA SUMBANGAN BANTU MANGSA KEBAKARAN DI SANDAKAN

SULTAN IBRAHIM BERKENAN KURNIA SUMBANGAN BANTU MANGSA KEBAKARAN DI SANDAKAN

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menghulurkan kurniaan peribadi bagi membantu keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.
Seri Paduka Baginda, bertitah sumbangan akan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dalam meringankan beban keluarga-keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.
Justeru, Seri Paduka Baginda menitahkan YSIJ bagi menghubungi Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan sumbangan berkenaan dapat disalurkan kepada keluarga-keluarga yang terlibat.
“Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang menimpa mereka,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office pada hari ini (22 April).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121