SULTAN IBRAHIM BERKENAN MEMANDU SEJAUH 45 KILOMETER MENINJAU PERSEKITARAN MERSING

SULTAN IBRAHIM BERKENAN MEMANDU SEJAUH 45 KILOMETER MENINJAU PERSEKITARAN MERSING

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan memandu sendiri sejauh lebih 45 kilometer menyusuri pelbagai kawasan penempatan bagi meninjau persekitaraan daerah Mersing.
Seri Paduka Baginda turut berkenaan meluangkan masa meninjau Jeti Tanjung Penyabong, Mersing pada hari ini (7 Mac).
Sultan Ibrahim, bertitah aspek kebersihan serta penyelenggaraan persekitaraan perlu sentiasa diberi perhatian oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Seri Paduka Baginda, bertitah Mersing merupakan antara destinasi pelancongan popular dan aspek kebersihan perlu dipelihara bagi memastikan persekitaraan indah dan selesa kepada penduduk serta pelancong.
Sultan Ibrahim, turut bertitah mengingatkan orang ramai supaya bersama-sama menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata demi memastikan persekitaran bandar sentiasa bersih dan terpelihara.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121