SULTAN IBRAHIM: KESELAMATAN GLOBAL TIDAK MENENTU MENUNTUT ANJAKAN DOKTRIN PERTAHANAN SEIRING PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

SULTAN IBRAHIM: KESELAMATAN GLOBAL TIDAK MENENTU MENUNTUT ANJAKAN DOKTRIN PERTAHANAN SEIRING PERKEMBANGAN TEKNOLOGI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah doktrin pertahanan negara perlu berubah seiring dengan perkembangan teknologi.
Seri Paduka Baginda bertitah transformasi strategik terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu dilakukan sejajar dengan konsep ‘Angkatan Masa Hadapan’.
“Persekitaran keselamatan global dan serantau sedang mengalami perubahan pesat, kompleks dan tidak menentu.
“Angkatan masa hadapan yang bakal dibentuk hendaklah merupakan sebuah angkatan yang bersepadu, dan berupaya untuk menghadapi ‘Fifth Generation Warfare’.
“Oleh itu, saya menyeru kepada kerajaan supaya memberi keutamaan dalam perolehan peralatan berteknologi terkini, dan menyokong struktur baru Angkatan Tentera Malaysia,” titah Yang di-Pertuan Agong.
Seri Paduka Baginda bertitah demikian ketika berangkat menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet ATM di Kem Perdana Sungai Besi, hari ini (27 Jun).
Seramai 566 orang pegawai kadet berjaya menamatkan latihan dan menerima watikah tauliah pada tahun ini.
Turut hadir, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan, dan Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121