SULTAN IBRAHIM KURNIA BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA 14 PENERIMA

SULTAN IBRAHIM KURNIA BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA 14 PENERIMA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan majlis penganugerahan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2026 di Istana Negara, hari ini (24 Jun).
Turut hadir, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam; Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dan Dato’ Jamalulail Abu Bakar, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan biasiswa bagi pengajian di bidang Doktor Falsafah (PhD) kepada tujuh penerima dan tujuh penerima lagi di peringkat Sarjana (Penyelidikan).
Penerima BYDPA di peringkat PhD ialah Afiefah Zulkifli (Universiti Putera Malaysia - Pemakanan); Aiman Zakuan Azman (Universiti Kebangsaan Malaysia - Farmakologi & Farmasi; Chua Hui Qi (UPM - Matematik dan Statistik) dan Giroon Ijod (UPM - Pemakanan).
Selain itu, penerima peringkat PhD ialah Haimon Franklin (UKM - Biologi); Lee Yu Shi (Universiti Malaya - Catalysis) dan Waywen Loh Chang Yuan (Universiti of Oxford, United Kingdom - Immunology).
Penerima BYDPA di peringkat sarjana pula ialah Fatini Amirul Haziq Azwan (University College London - Biologi); Chan Ler Yi (University College London - Farmakologi & Farmasi) dan Chris Ee Jia Wen (USM - Genetic & Heredity)
Selain itu, penerima peringkat Sarjana Mohamad Izuwansah Ishak (UPM - Persekitaran); Muhammad Zulhusni Che Razali (Imperial College London - Persekitaran) dan Puteri Najihah Athirah Zamrifana (UPM - Sains Veterinar).
BYDPA adalah biasiswa paling berprestij di bawah JPA yang mula diperkenalkan pada tahun 2006 bagi menaja warganegara Malaysia yang cemerlang bukan sahaja dalam akademik malah aktiviti ko-kurikulum serta terlibat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan atau dalam penghasilan kerja-kerja berkandungan elemen kreatif dan inovatif.
Sejak diperkenalkan, seramai 239 warganegara Malaysia telah menerima penajaan BYDPA dengan melibatkan 124 penerima di peringkat Ph.D dan 115
penerima di peringkat Sarjana (Penyelidikan).
Pelaburan berterusan dalam pembangunan modal insan melalui penajaan pendidikan merupakan antara usaha penting untuk memastikan Malaysia memiliki kepakaran bertaraf global dalam bidang-bidang strategik yang menyokong agenda pembangunan negara.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121