SULTAN IBRAHIM SANTUNI RAKYAT DI BAZAR RAMADAN TAMAN LAUTAN BIRU
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyantuni rakyat serta meninjau suasana perniagaan di Bazar Ramadan Taman Lautan Biru, Mersing pada hari ini (7 Mac).
Seri Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan kurniaan peribadi kepada setiap pemilik gerai yang berniaga di bazar berkenaan.
Hadir sama, Jamil Hasni Abdullah, Pegawai Daerah Mersing dan Dato’ Ahmad Shuhaimi Mat Wajab, Panglima 21 Gerup Gerak Khas (GGK).
Keberangkatan Seri Paduka Baginda ke bazar berkenaan menarik perhatian para pengunjung yang turut tidak melepaskan peluang untuk bersalaman serta bergambar bersama Sultan Ibrahim.
Seri Paduka Baginda turut berkenan meninjau gerai-gerai makanan dan beramah mesra dengan para peniaga serta pengunjung yang hadir termasuk kanak-kanak.
