SULTAN IBRAHIM ZAHIR UCAPAN TAHNIAH DI ATAS KEJAYAAN JDT JUARAI PIALA MALAYSIA KALI KEENAM
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) di atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2025-26 buat kali keenam.
Seri Paduka Baginda turut menghargai semangat juang para pemain, barisan kejurulatihan serta sokongan padu penyokong setia JDT yang sentiasa bersama pasukan dalam apa jua keadaan.
“Penyokong sentiasa menjadi sumber inspirasi dan kekuatan buat pasukan dalam menyemarakkan semangat juang serta suntikan motivasi untuk terus melakar kejayaan,” titah Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda, turut menzahirkan ucapan syabas kepada anakanda Baginda, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik Kelab JDT.
