TAHNIAH KEPADA DR. NADIA MONIRA MOHAMED TAIB ATAS PELANTIKAN SEBAGAI SETIAUSAHA SULIT KEPADA KDYMM SPB RAJA PERMAISURI AGONG

Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr. Nadia Monira Mohamed Taib atas pelantikan sebagai Setiausaha Sulit kepada KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong.
 
Pelantikan Dr. Nadia Monira Mohamed Taib yang berkelulusan PhD dalam bidang Inovasi dan Polisi Awam berkuatkuasa pada 10 November 2025.
 
Dr. Nadia Monira sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
 
Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani turut mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Juruiring Polis baharu kepada KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, SAC Sulizmie Affendy Sulaiman.
 
Pelantikan SAC Sulizmie Affendy Sulaiman adalah bagi menggantikan DCP Dato’ Mohd Azani Omar yang memulakan tugas baharu sebagai Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.
 
SAC Sulizmie Affendy sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Daerah (OCPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Seluruh warga Istana Negara mengucapkan selamat datang dan selamat menabur bakti dengan penuh dedikasi di Istana Negara.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121