Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja dan seluruh warga Istana Negara mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Puan Aqilah Ahmad, Pegawai Pentadbir (Kewangan) yang akan bertukar keluar pada 21 November.
Puan Aqilah Ahmad yang berkhidmat di Istana Negara selama tiga tahun akan memulakan tugas baharu beliau di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum berkhidmat di salah satu Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan di luar negara pada bulan Mac 2026.
Istana Negara turut merakamkan setinggi-tinggi perhargaan atas segala jasa, dedikasi dan khidmat bakti Puan Aqilah sepanjang berkhidmat di Istana Negara.
Segala sumbangan beliau kepada Institusi Istana Negara akan sentiasa disanjungi dan dikenang dengan penuh penghargaan.
