Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kepada Puan Norul Syakila Mohd Roslan yang memulakan tugas baharu di Istana Negara.
Puan Norul Syakila memulakan tugas sebagai Pegawai Pentadbir (Kewangan) menggantikan Puan Aqilah Ahmad yang bertukar keluar ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada bulan Disember lalu.
Puan Norul Syakila sebelum ini bertugas sebagai Penolong Pengarah di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Seluruh warga Istana Negara mengucapkan selamat datang dan selamat menabur bakti dengan penuh dedikasi di Istana Negara.
