Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja serta seluruh warga Istana Negara mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh masyarakat Tionghoa di Malaysia yang meraikannya.
Semoga sambutan tahun baharu ini membawa kebahagiaan, kemakmuran dan kesihatan yang berpanjangan kepada semua.
Dalam keindahan kepelbagaian budaya yang menjadi tunjang kekuatan negara, marilah kita terus menyemai semangat keharmonian, memperkukuh perpaduan serta memelihara nilai muhibbah yang telah sekian lama menjadi asas kestabilan dan kesejahteraan Malaysia.
Semoga Tahun Baharu Cina ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan, kemajuan dan kesejahteraan buat seluruh rakyat Malaysia dalam suasana aman dan harmoni. Gong Xi Fa Cai.
