UCAP SELAMAT YANG DI-PERTUAN AGONG KEPADA SULTAN BRUNEI
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah menzahirkan sembah ucap selamat kepada KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Almarhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang bakal menjalani rawatan lutut bermula 18 Januari ini.
“Patik serta rakyat mendoakan semoga Kebawah Duli Tuanku selamat menjalani rawatan ini dan dikurniakan Allah SWT kesembuhan yang sempurna, serta dipermudahkan semua urusan berkaitan,” titah Yang di-Pertuan Agong.
