YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE EMIRIAH ARAB BERSATU ATAS JEMPUTAN KHAS PRESIDEN

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE EMIRIAH ARAB BERSATU ATAS JEMPUTAN KHAS PRESIDEN
 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi lawatan khas bermula hari ini (22 Disember) hingga 24 Disember.
Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke UAE adalah di atas jemputan Yang Amat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden UAE.
Terdahulu, pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada jam 9.00 pagi.
Turut hadir di Hangar Diraja untuk mengucapkan selamat berangkat kepada Seri Paduka Baginda ialah Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Johor; Tan Sri Dato’ Dr. Azmi Rohani, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, dan Kolonel (B) Dato’ Mohamed Perang Musa, Pengelola Bijaya Diraja Johor.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121