YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KALI KE-103

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KALI KE-103
 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) kali ke-103 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam, hari ini (19 November).
 
Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor merangkap Pro Canselor UiTM.
 
Pada istiadat konvokesyen berkenaan, Yang di-Pertuan Agong, yang juga Canselor UiTM, berkenan mengurniakan watikah pelantikan Pro-Canselor kepada Tan Sri Idris Jusoh, mantan Menteri Besar Terengganu dan Menteri Pengajian Tinggi pada tahun 2015 hingga 2018.
 
Seri Paduka Baginda juga berkenan menganugerahkan gelaran Profesor Emeritus kepada Dr. Ir. Sr. Suhaimi Abdul Talib yang pernah berkhidmat sebagai Pensyarah dalam bidang kejuruteraan di UiTM selama lebih 30 tahun.
 
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Graduan Terbaik Utama UiTM tahun 2025 kepada 15 penerima yang cemerlang dalam pengajian masing-masing.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121