YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PERASMIAN MASJID UPNM SULTAN IBRAHIM

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS BERBUKA PUASA DAN PERASMIAN MASJID UPNM SULTAN IBRAHIM

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa dan Perasmian Masjid Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Sultan Ibrahim di Sungai Besi, Kuala Lumpur, hari ini (3 Mac 2026).
Keberangkatan Seri Paduka Baginda diiringi paduka anakanda, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.
Hadir sama, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan; Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pengajian Tinggi dan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Masjid UPNM Sultan Ibrahim yang menampilkan seni bina Islamik moden mula dibina pada tahun 2022 dan siap sepenuhnya pada tahun 2024 serta mampu menampung seramai 3,500 jemaah dalam satu masa.
Penamaan Masjid UPNM Sultan Ibrahim adalah selaras dengan kedudukan Seri Paduka Baginda sebagai Ketua Agama Islam, di samping mengambil kira keperibadian dan kepimpinan yang terserlah melalui keteguhan prinsip Baginda.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan menunaikan Solat fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Fadzil, Mufti Wilayah Persekutuan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121