DAULAT TUANKU
Istana Malam
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447H

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA WARGA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke majlis ramah mesra bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), hari ini (31 Mac).
Majlis berkenaan berlangsung di Wisma Perwira ATM, Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan; YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan; Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera dan Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.
Turut hadir, Jeneral Dato’ Azhan Md Othman, Panglima Tentera Darat; Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain, Panglima Tentera Laut dan Jeneral Dato’ Sri Muhamad Norazlan Aris, Panglima Tentera Udara.
Seri Paduka Baginda yang merupakan pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Malaysia turut berkenan bersalaman dan beramah mesra dengan warga ATM yang hadir.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121