YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE SAINT PETERSBURG ATAS JEMPUTAN KHAS PRESIDEN PERSEKUTUAN RUSIA

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT KE SAINT PETERSBURG ATAS JEMPUTAN KHAS PRESIDEN PERSEKUTUAN RUSIA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Saint Petersburg, Rusia bagi lawatan khas bermula hari ini (25 Januari) hingga 27 Januari.
Lawatan Seri Paduka Baginda ke Saint Petersburg adalah di atas jemputan khas Tuan Yang Terutama (TYT) Vladimir V Putin, Presiden Persekutuan Rusia.
Terdahulu, pesawat khas Seri Paduka Baginda berlepas dari Hangar Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor pada jam 8.25 pagi.
Berangkat bagi mengucapkan selamat kepada Yang di-Pertuan Agong ialah DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121