YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT SEMPURNAKAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2026

YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT SEMPURNAKAN ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT WILAYAH PERSEKUTUAN TAHUN 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun 2026.
Istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Istana Negara turut dihadiri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri YB Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hadir sama, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).
Pada istiadat berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 54 penerima.
Mendahului penerima, Yang Amat Arif Datuk Seri Abu Bakar Jais, Presiden Mahkamah Rayuan dikurniakan Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Turut menerima Darjah Kebesaran S.M.W ialah YAA Datuk Seri Hashim Hamzah, Hakim Besar Malaya; Datuk Seri Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi dan Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) yang membawa gelaran Datuk kepada 15 penerima antaranya YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi; Datuk Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital; Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia; Laksamana Pertama Datuk Mohd Razib Tahir, Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Laut Diraja Malaysia; Datuk Soo Beng Kiang, bekas atlet badminton kebangsaan dan Datuk Mohd Yani Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pertahanan.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Darjah Johan Mahkota Wilayah (J.M.W) kepada 15 penerima, Kesatria Mahkota Wilayah (K.M.W) kepada enam penerima, Ahli Mahkota Wilayah (A.M.W) kepada lima penerima dan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (P.P.W) kepada 9 penerima

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121