YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT ZIARAH MAKAM DIRAJA MAHMOODIAH
Bersempena Hari Ulang Tahun Keputeraan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Makam Diraja Mahmoodiah, Johor Bahru, hari ini (22 November).
Turut diadakan bacaan Yassin dan tahlil ringkas yang dipimpin oleh Ustaz Haji Masri Sapiran @ Sapuan, Imam Makam Diraja.
Sultan Ibrahim turut menabur bunga dan menyiram air mawar di pusara Almarhum Sultan Ismail, Almarhum Sultan Iskandar, Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom serta Almarhum Tunku Abdul Jalil Tunku Laksamana Johor.
