YANG DI-PERTUAN AGONG BERBANGGA DENGAN PENCAPAIAN BERSEJARAH TUNKU PANGLIMA JOHOR DAN TUNKU PUTERA JOHOR
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan kebanggaan atas kemenangan bersejarah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor di perlumbaan ketahanan 24 Jam Spa-Francorchamps di Belgium, Ahad lalu.
Prestasi cemerlang oleh kedua-dua Paduka Anakanda bersama rakan sepasukan Ben Greene dan Jordan Love bagi pasukan Johor Motorsports Racing telah berjaya merangkul kemenangan dalam kategori Pro Am dalam perlumbaan GT3 terbesar di dunia itu.
Ia juga merupakan kali pertama pasukan dari Malaysia mencapai kejayaan demikian.
