YANG DI-PERTUAN AGONG BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI, JEMAAH MENTERI, KETUA PERWAKILAN ASING DAN PEGAWAI KANAN KERAJAAN

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri, Jemaah Menteri, Ketua Perwakilan Asing dan Pegawai Kanan Kerajaan. 
Majlis diadakan di Istana Negara hari ini (18 Mac). 

Hadir sama, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir, kedua-dua Timbalan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan YAB Dato’ Seri Fadillah Yusof. 

Majlis turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Qatar; Bahrain; Mesir; Indonesia; Palestin; Brunei, Turkiye, Arab Saudi dan Iraq. 

Terdahulu, Seri Paduka Baginda  menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah bersama tetamu-tetamu jemputan yang diimamkan Datuk Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan di Surau Utama Istana Negara.

Seri Paduka Baginda kemudian berangkat ke Dewan Santapan Utama bagi majlis berbuka puasa.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121