YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT MENYEMPURNAKAN ISTIADAT PEMBUKAAN PARLIMEN PENGGAL KELIMA MAJLIS PARLIMEN KELIMA BELAS

YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT MENYEMPURNAKAN ISTIADAT PEMBUKAAN PARLIMEN PENGGAL KELIMA MAJLIS PARLIMEN KELIMA BELAS

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Kelima Majlis Parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, hari ini (19 Januari).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri; Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri; Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Tan Sri Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat serta Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Yang di-Pertua Dewan Negara.
Seri Paduka Baginda berkenan menerima tabik hormat Diraja sebelum memeriksa Kawalan Kehormatan Utama dari Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dengan diiringi tembakan meriam sebanyak 21 das.
Seri Paduka Baginda kemudian berkenan berangkat ke sidang Dewan Rakyat untuk menyampaikan Titah Diraja sekali gus menyempurnakan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121