YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN BERANGKAT PRA-MESYUARAT MAJLIS RAJA-RAJA KE-271
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-271 di Istana Negara, hari ini (10 Februari).
MRR Ke-271 yang berlangsung selama dua hari bermula esok akan dipengerusikan oleh
KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
