YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN DIPERSEMBAHKAN PELAKSANAAN AKTA KESELAMATAN DALAM TALIAN 2025
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan mengenai Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA 2025).
ONSA 2025 dipersembahkan oleh YB Datuk Ahmad Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi pada sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari ini (30 Mac).
Pelaksanaan ONSA bertujuan menjadikan Internet lebih selamat untuk keluarga dan kanak-kanak, melalui penetapan tanggungjawab yang jelas kepada platform dalam talian.
Selain, ia berperanan sebagai pelaksanaan mekanisme pengesahan umur (age verification) untuk hadkan kanak-kanak di bawah 16 tahun daripada membuka akaun media sosial bagi melindungi keselamatan kanak-kanak dan juga keluarga.
YB Datuk Ahmad Fahmi, berkata akta berkenaan juga dalam usaha menangani isu akaun palsu yang mensasarkan Raja-Raja Melayu serta Kerabat Diraja.
