YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 1447H/2025M

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG BERANGKAT KE SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 1447H/2025M

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun 1447H/2025M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, hari ini (5 September).

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Tan Sri Johari Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Mohd Na'im Mokhtar.

Pada majlis yang bertemakan 'Membangun Ummah Madani’, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan kepada Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan Anugerah Maulidur Rasul SAW kepada enam penerima iaitu Sheikh Hj. Wazir Che Awang (Kategori Agamawan), Khairul Amin Kamarulzaman (Usahawan/Teknokrat Berjaya), Ismail Abdul Ghani (Wira Negara), Dayang Nur Maisarah Abang Abdul Razak (Belia Harapan), Muhammad Usamah Zaid Yasin (Pengkarya/Inovator Kreatif) dan Angeline Tan (Saudara Baharu Cemerlang).

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121