YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG BERDOA MALAYSIA TERUS DIRAHMATI SERTA DIBERKATI

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG BERDOA MALAYSIA TERUS DIRAHMATI SERTA DIBERKATI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, menzahirkan ucapan selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Seri Paduka Baginda berdua, menyeru agar bulan yang penuh keberkatan ini dimanfaatkan dengan memperbanyakkan ibadah, memperkukuh perpaduan serta menyemarakkan semangat saling membantu antara satu sama lain.
“Saya dan Raja Permaisuri Agong mendoakan Malaysia sentiasa dilimpahi rahmat dan keberkatan, serta seluruh rakyat dikurniakan kesejahteraan, keamanan dan keharmonian,” titah Seri Paduka Baginda berdua.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121