YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI BAPA

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT HARI BAPA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa buat seluruh insan yang bergelar bapa.

“Bapa adalah sumber kekuatan sesebuah keluarga serta pembimbing yang mencorakkan masa depan anak-anak.

Terima kasih atas segala pengorbanan, kasih sayang dan bimbingan yang amat bernilai. Biarpun jarang dizahirkan dengan kata-kata, jasa serta kasih seorang bapa tetap abadi di dalam hati.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala melimpahkan rahmat-Nya ke atas Almarhum ayahanda, Almarhum Sultan Iskandar dan Almarhum Sultan Idris Shah II,” titah Seri Paduka Baginda.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121