YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT TAHUN BAHARU 2026

YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT TAHUN BAHARU 2026

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Seri Paduka Baginda berdua, berdoa agar tahun baharu ini membawa kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara.
Sultan Ibrahim turut menyeru rakyat supaya terus memperkukuhkan perpaduan dan saling menghormati di antara satu sama lain demi keharmonian Malaysia.
Seri Paduka Baginda turut berdoa agar Malaysia sentiasa dilindungi Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta dikurniakan keamanan, kemajuan dan kesejahteraan berpanjangan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121