YANG DI-PERTUAN AGONG DAN RAJA PERMAISURI AGONG ZAHIR UCAPAN SELAMAT TAHUN BAHARU CINA
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang meraikannya di seluruh negara.
Seri Paduka Baginda, bertitah agar sambutan Tahun Baharu Cina diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, keharmonian dan semangat perpaduan.
“Semoga sambutan Tahun Baharu Cina ini juga membawa kebahagiaan, kesejahteraan serta kemakmuran berterusan kepada negara tercinta,” titah Seri Paduka Baginda.
