YANG DI-PERTUAN AGONG DIMASYHURKAN SEBAGAI PENAUNG UTAMA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

YANG DI-PERTUAN AGONG DIMASYHURKAN SEBAGAI PENAUNG UTAMA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Istiadat Pemasyhuran Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia di Dewan Seri Bendahara Istana Negara, hari ini (3 Disember).
Persembahan ucapan pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Malaysia dilaksanakan oleh Mejar Jeneral Prof. Dato’ Dr. Mohd Zin Bidin, Ketua Pengakap Negara.
Pemasyhuran Seri Paduka Baginda sebagai penaung Pengakap adalah mengikut Bahagian II, Seksyen 1, Perkara 11 (1), dalam Dasar Pertubuhan Peraturan (POR) tahun 2010, yang dibaca bersama Akta Parlimen 784 - Akta Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia 1968 (semakan 2016).
Pada istiadat berkenaan, Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan Bintang Semangat Padi Emas Kelas Pertama, Persekutuan Pengakap Malaysia.
Hadir sama, Dato’ Ahmad Shaziy Ismail Bakti, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara; Datuk Zamani Tambichek, Naib Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara dan Tan Sri Abdullah Taib, Bendahari Majlis Pengakap.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121