YANG DI-PERTUAN AGONG DIPERSEMBAHKAN TAKLIMAT KOMPREHENSIF SITUASI BANJIR, TAHAP HAKISAN PANTAI DAN PERKEMBANGAN PROJEK TEBATAN BANJIR
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan dipersembahkan taklimat komprehensif mengenai situasi semasa banjir, tahap hakisan pantai serta perkembangan projek-projek tebatan banjir di seluruh negara.
Taklimat dipersembahkan oleh Datuk Ir Mohamad Radzi Abdul Talib, Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Istana Negara, pada hari ini (3 Disember).
Hadir sama, Ir Muhammad Zaki Mashud, Pengarah JPS Johor.
Sultan Ibrahim turut berkenan mengurniakan kebenaran penggunaan tanah milik Baginda kepada JPS bagi tujuan pembinaan kolam takungan banjir bagi Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Johor.
Seri Paduka Baginda, bertitah keselamatan dan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan utama dalam setiap usaha pengurusan bencana.
