YANG DI-PERTUAN AGONG DISAMBUT RAJA HAMAD SEMPENA LAWATAN NEGARA KE BAHRAIN

YANG DI-PERTUAN AGONG DISAMBUT RAJA HAMAD SEMPENA LAWATAN NEGARA KE BAHRAIN
 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim diberikan sambutan negara di Istana Sakhir, Zallaq, bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda ke Bahrain, hari ini (6 November).
 
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda di Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain disambut Raja Hamad bin Isa Al-Khalifa, Raja Bahrain.
 
Di Istana Sakhir, keberangkatan tiba Baginda berdua disambut murid sekolah yang mengibarkan bendera kedua-dua negara sebelum menyaksikan persembahan selamat datang yang dinamakan tarian ‘Ardah’.
 
Sultan Ibrahim dan Raja Hamad kemudian berjalan ke Podium Penghormatan diiringi 21 das tembakan meriam diikuti persembahan lagu Negaraku dan lagu kebangsaan Bahrain.
 
Selepas selesai acara sambutan negara, berlangsung pertemuan rasmi antara Yang di-Pertuan Agong dan Raja Bahrain di Istana Sakhir.
 
Seri Paduka Baginda kemudian berangkat ke Tugu Peringatan Syuhada (Martyr’s Memorial Monument) bagi memberi penghormatan kepada para pejuang Bahrain yang telah terkorban.
 
Sultan Ibrahim sedekahkan Al-Fatihah dan turut berkenan menyiram air mawar sebagai simbolik penghormatan.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121