YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA 100 EKOR LEMBU UNTUK IBADAH KORBAN

YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA 100 EKOR LEMBU UNTUK IBADAH KORBAN 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan 100 ekor lembu bagi penyertaan Ibadah Korban Sunat peribadi bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini.
Seri Paduka Baginda turut berkenan melafazkan niat korban, yang dipimpin oleh Datuk Munir Md Salleh, Pegawai Agama Istana Negara di Istana Negara hari ini (18 Mei).
Bagi menyempurnakan ibadah berkenaan, Sultan Ibrahim turut berkenan mewakilkan kepada urusetia pelaksana korban Istana Negara untuk melaksanakan Ibadah Korban bagi pihak Seri Paduka Baginda.
Seri Paduka Baginda menitahkan supaya daging korban diagihkan kepada kakitangan Istana Negara, golongan asnaf dan B40.
“Semoga ibadah ini diterima Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan Seri Paduka Baginda serta seluruh Keluarga Diraja Johor sentiasa dirahmati, diampuni dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat,” doa Datuk Munir.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121