YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA DARJAH KEPAHLAWANAN PASUKAN POLIS TAHUN 2025 KEPADA 109 PENERIMA

YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA DARJAH KEPAHLAWANAN PASUKAN POLIS TAHUN 2025
KEPADA 109 PENERIMA
 
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Tahun 2025 di Istana Negara, hari ini (22 Oktober).
 
Hadir sama, Datuk Seri Saifuddin Nasution, Menteri Dalam Negeri; Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara; YB Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN); Datuk Awang Alik Jeman, Ketua Setiausaha KDN dan Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Ketua Polis Negara.
 
Pada istiadat berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) kepada empat pegawai kanan polis iaitu CP Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, Pengarah Pengurusan PDRM; CP Gilberd Anak Philip Layang, Pengarah Logistik dan Teknologi PDRM; CP Datuk Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor dan CP Dato’ Ts Azizee Ismail, Ketua Polis Pulau Pinang.
 
Pada istiadat itu juga, Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) kepada lima penerima, Pahlawan Pasukan Polis (PPP) kepada 16 penerima, Kesatria Pasukan Polis (KPP) kepada enam penerima dan Bentara Pasukan Polis (BPP) kepada 78 penerima.
 
Penganugerahan DKPP diberikan kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat yang berkelayakan di atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan di dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121