YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN SABAH
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan sumbangan bantuan peribadi sebanyak RM500,000 untuk mangsa kebakaran daerah Kudat dan Sandakan di Sabah, hari ini (24 Jun).
Lebih seribu mangsa terjejas dalam kejadian berasingan di daerah berkenaan dalam bulan April baru-baru ini.
Seri Paduka Baginda berkenan menyaksikan penyerahan kurniaan oleh Tan Sri Avinderjit Singh, Pemegang Amanah Urusan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) kepada Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Ketua Menteri Sabah dalam satu upacara di Istana Negara.
