YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA SURAT CARA PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN, HAKIM MAHKAMAH RAYUAN DAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI

YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA SURAT CARA PELANTIKAN HAKIM MAHKAMAH PERSEKUTUAN, HAKIM MAHKAMAH RAYUAN DAN HAKIM MAHKAMAH TINGGI

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi, hari ini (21 April).
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara.
Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Yang Arif (YA) Datuk Ravinthran N Paramaguru dan YA Dato’ Azmi Ariffin.
Seri Paduka Baginda juga berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada enam Hakim Mahkamah Rayuan iaitu YA Dato' Amarjeet Singh Serjit Singh; YA Dato' Sri Mohd Radzi Harun; YA Dato’ Aliza Sulaiman; YA Dato’ Ahmad Shahrir Mohd Salleh YA Dean Wayne Daly dan YA Dato’ Sri Latifah Mohd Tahar.
Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada enam Hakim Mahkamah Tinggi iaitu YA Dr. Suzana Mohd Said; YA Yusrin Faidz Yusoff; YA Arziah Mohamed Apandi; YA Dato’ Hazizah Kassim; YA Gan Techiong dan YA Suriyati Hasimah Mohd Hashim.
Hadir sama, YAA Datuk Seri Panglima Wan Ahmad Farid Wan Salleh, Ketua Hakim Negara; YB Dato' Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Turut hadir, YAA Datuk Seri Abu Bakar Jais, Presiden Mahkamah Rayuan; YAA Datuk Seri Hashim Hamzah, Hakim Besar Malaya dan YAA Datuk Azizah Nawawi, Hakim Besar Sabah Dan Sarawak serta Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121