YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA SURAT CARA PELANTIKAN HAKIM

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Tinggi, hari ini (18 Mac).

Majlis Istiadat Mengadap dan Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Tinggi berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Persekutuan YA Dato’ Hanipah Farikullah dan YA Dato’ Vazeer Alam Mydin Meera.

Seri Paduka Baginda kemudian berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi, YA Su Tiang Joo YA Alexander Siew How Wai Dan YA Amelati Anak Parnell.

Hadir sama pada majlis istiadat berkenaan,  YAA Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Ketua Hakim Negara; YB Dato’ Seri Azalina Othman Said, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi); YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan dan YAA Tan Sri Abdul Rahman Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak. 
Turut hadir, YBhg Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara; YBhg Dato’ Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Peguam Negara dan Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121