YANG DI-PERTUAN AGONG KURNIA WATIKAH PELANTIKAN AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap dan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 22 Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), hari ini (18 Mei).
Istiadat Pengurniaan Watikah berlangsung di Dewan Seri Bendahara, Istana Negara.
Antara penerima watikah pelantikan adalah Datuk Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, Pengerusi MAIWP; Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Timbalan Pengerusi MAIWP; Datuk Abd Shukor Mahmood dan Dato’ Anas Ahmad Zakie (Ahli MAIWP).
Selain itu, CP Dato’ Fadil Haji Marsus (Ahli MAIWP); Sahibus Samahah Ahmad Fauwaz Ali @ Fadzil (Ahli MAIWP); Datuk Seri TPr Fadlun Mak Ujud (Ahli MAIWP) dan Tan Sri Azman Hj. Mokhtar (Ahli MAIWP).
Turut menerima pelantikan Datuk Seri Dr. Yusof Ismail (Ahli MAIWP); Dato' Norashiken Haji Ishak (Ahli MAIWP); Datuk Haji Munir Md. Salleh (Ahli MAIWP) dan Dato’ Sri Amrin Awaluddin (Ahli MAIWP).
