YANG DI-PERTUAN AGONG LAWAT LENRESERVE MUSEUM - PAMER SEJARAH PENGEPUNGAN LENINGRAD

YANG DI-PERTUAN AGONG LAWAT LENRESERVE MUSEUM - PAMER SEJARAH PENGEPUNGAN LENINGRAD 

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat melawat LenReserve Museum di St Petersburg, pada hari ini (27 Januari).
Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda ialah Evgeny Dmitrievich Grigoriev, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Negeri St Petersburg dan TYT Dato’ Cheong Loon Lai, Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Rusia.
Ia merupakan antara muzium paling unik di St Petersburg dengan pendekatan pameran yang menampilkan suasana sebenar kehidupan ketika Perang Dunia Kedua, khususnya semasa Pengepungan Leningrad.
Muzium berkenaan juga mempamerkan koleksi kenderaan tentera, senjata, pakaian, serta barangan harian yang digunakan oleh rakyat ketika tempoh pengepungan yang berlangsung hampir 900 hari dari tahun 1941 hingga 1944.
Berbeza dengan konsep muzium tradisional, LenReserve menampilkan sistem pencahayaan dramatik serta kesan bunyi bagi mewujudkan pengalaman lebih imersif kepada pengunjung, seolah-olah berada dalam suasana sebenar era peperangan.
Antara tarikan utama ialah paparan jalan bandar yang dibina semula, hospital medan, bengkel pembaikan kenderaan tentera serta kediaman rakyat yang mencerminkan kesukaran hidup ketika bekalan makanan amat terhad.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121