YANG DI-PERTUAN AGONG NASIHAT BARISAN JEMAAH MENTERI BEKERJA DEMI RAKYAT

YANG DI-PERTUAN AGONG NASIHAT BARISAN JEMAAH MENTERI BEKERJA DEMI RAKYAT
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, bertitah menasihatkan anggota Jemaah Menteri sentiasa menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh integriti serta mengutamakan kepentingan rakyat.
Seri Paduka Baginda, bertitah keutamaan kerajaan antara lain perlu menitikberatkan kesejahteraan rakyat, kestabilan negara serta kemakmuran ekonomi, seiring dengan prinsip tadbir urus yang baik.
Sultan Ibrahim, bertitah anggota Jemaah Menteri perlu bekerjasama sebagai satu pasukan bagi memastikan pentadbiran negara berjalan dengan cekap dan berkesan.
“Menteri dan Timbalan Menteri perlu sentiasa turun padang mendengar suara rakyat. Anda perlu menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi dan komitmen tinggi,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office pada hari ini (17 Disember).
Terdahulu, Seri Paduka Baginda berkenan berangkat ke Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri Persekutuan.
Majlis yang berlangsung di Istana Negara pada hari ini, turut dihadiri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan YAB Dato’ Sri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121