YANG DI-PERTUAN AGONG SELAMAT TIBA DI ABU DHABI BAGI LAWATAN KHAS
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Zayed, Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada hari ini (22 Disember).
Pesawat khas Seri Paduka Baginda mendarat pada jam 11.45 pagi (waktu tempatan UAE).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Saeed Mubarak Al Hajeri, Menteri Negara di Kementerian Luar Negeri UAE.
Turut hadir, TYT Tengku Dato’ Sirajuzzaman Tengku Mohamed Ariffin, Duta Besar Malaysia ke UAE.
Lawatan khas julung kali Seri Paduka Baginda ke UAE adalah di atas jemputan khas Yang Amat Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Presiden UAE.
