YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA CENDERAHATI ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA

YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA CENDERAHATI ISTIMEWA SEMPENA HARI BAPA

KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menerima cenderahati istimewa daripada KDYMM SPB Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, paduka-paduka anakanda serta cucunda-cucunda tersayang sempena sambutan Hari Bapa.
Cenderahati penuh bermakna itu mencerminkan kasih sayang, penghargaan dan penghormatan paduka anakanda serta cucunda terhadap Seri Paduka Baginda yang sentiasa menjadi tonggak keluarga.
Momen istimewa berkenaan turut menggambarkan eratnya hubungan kekeluargaan yang sentiasa menjadi asas kebahagiaan dan keharmonian dalam institusi keluarga Seri Paduka Baginda.

Hubungi Kami

Istana Negara
50480 Jalan Tuanku Abdul Halim
Kuala Lumpur

Telefon : 03-6200 1000

Faks : 03-6205 2121