YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA AUDIT NEGARA
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YBhg Dato’ Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Audit Negara.
Seri Paduka Baginda turut berkenan dipersembahkan Laporan Ketua Audit Negara 1/2026.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, hari ini (4 Februari).
