YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA POLIS NEGARA
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Tan Sri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara.
Pertemuan Tan Sri Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM) berlangsung di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur, pada hari ini (19 Jun).
Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima sembah taklimat berhubung pelbagai perkara berkaitan keselamatan serta ketenteraman awam negara.
