YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP KETUA POLIS NEGARA
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, Ketua Polis Negara.
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat berkaitan hal ehwal keselamatan negara oleh Datuk Seri Mohd Khalid.
Pertemuan Datuk Seri Mohd Khalid bersama Seri Paduka Baginda yang juga Pesuruhjaya Yang Dipertua Kehormat Polis Diraja Malaysia (PDRM)
berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, pada hari ini (31 Disember).
Berangkat sama, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
