YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Hadir sama, YB Datuk Abd Aziz Engan, Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.
Pada sesi mengadap, YAB Menteri Besar mempersembahkan perkembangan semasa pentadbiran serta kemajuan projek-projek pembangunan Negeri Johor, termasuk inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan bagi memperkukuh ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (8 April).
