YANG DI-PERTUAN AGONG TERIMA MENGADAP MENTERI BESAR JOHOR
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor.
Seri Paduka Baginda berkenan dipersembahkan taklimat mengenai perkara-perkara berkaitan pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat serta isu-isu semasa.
Sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada hari ini (29 April).
